Sunday, June 20, 2010

TIP MEREDAKAN KEMARAHAN

salam/ hai..untuk semua pembaca..

Tip ini saya dapat daripada buku yang baru saya beli 2 hari lepas yang bertajuk: Syaitan Musuh Kita Tak Kenal Maka Tak Benci..karya Badrul Hisham Shari & Zakaria Sungib.

Tipnya ialah:
1- Cepat-cepat beristi'azah kpd Allah (baca taawuz yg bermaksud: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.)
2- Berdiam diri. Itu lebih selamat. Tahan lidah dari mengata, menghina, menuduh dan memaki-hamun orang.Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang benar-benar beriman kpd Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau (kalau tidak lebih baik) diam sahaja.
3- Duduk atau baring sahaja.
4- Fikir-fikirkan buruknya orang yang dilanda marah.Hilang keceriaan wajah, muka merah padam, mata merah menyala dan nafas kencang.
5- Fikirkan juga pahala dan ganjaran dari Allah dengan menahan marah..Firman Allah:...dan ingatlah orang-orang yang menahan amrahnya dan memaafkan (kesalahan) orang.Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."


Sekian...

No comments: