Sunday, March 8, 2009

MADAH CINTA

12 Madah Cinta

“Tiada cinta tanpa pengorbanan dan tiada pengorbanan tanpa cinta”…….”Cinta akan berjalan lancar jika di iringi oleh rasa saling mempercayai”……”Tiada cinta tanpa pengorbanan dan tiada pengorbanan tanpa cinta”…….”Cinta akan berjalan lancar jika di iringi oleh rasa saling mempercayai”……

1
Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu hanya sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar untuk dimiliki? Cinta seumpama kaca kristal, indah dipenglihatan, derita di perasaan

2
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada.

3
Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi, bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta

4
Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

5
Perhabatan biasanya berakhir dengan percintaan, tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

6
Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yang sangat menggoncang jiwa.

7
Apakah sebenarnya cinta? Cuba katakan… Tak lain dan tak bukan ialah 2 jiwa dalam satu fikiran, 2 hati dalam satu debaran.

8
Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata

9
Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau. Saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorang, seseorang yang bakal mewarnai hidupnya.

10
Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari 2 perasaan. Kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

11
Kadang kala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorang terhadap kita disaat kita amat memerlukannya.

12
Cinta yang lahir dari pandangan pertama adalah cinta suci. Manakala perasaan cinta yang lahir dari kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yang mana lebih abadi, “cinta suci” atau “cinta sejati”?

No comments: